Saturday 1 October 2011

Info umum Judiasm/agama yahudi





Salam kepada pembaca budiman yag dirahmati oleh Allah SWT... Semoga kalian dan saya diberi rahmat, kesihatan yang baik, kehidupan dengan rezeki yang murah dan keselamatan. Kehidupan yang bahagia, aman dan harmoni adalah situasi yang diperlukan malah diimpikan oleh semua orang tidak kira apa agama yang dianutinya. Maka dengan itu saya ingin membincangkan tentang satu tajuk yang jarang-jarang dibincangkan oleh kita semua iaitu Judiasm aka agama orang-orang Yahudi.

Apakah itu Judiasm?


Judiasm adalah istilah merujuk kepada penganut agama yang dibawa oleh Musa AS (Moses Prophet) yang mana satu idea tentang dunia dan jalan hidup kepada YHWH. Judiasm adalah agama monotheism yang mana mempunyai kepercayaan mempercayai satu Tuhan. Ini dapat di lihat pada Book of Deuteronomy

                            ( שמע ישראל יהוה אלהינו יהוה אחד  ) 

                                                                                       (Book of Deuteronomy 6:4) 

              (Sh'ma Yesera'el  adonay elohenu adonay echad)


Terjemahan:  1. Hear, Israel, the Lord is our God, the Lord is One.

Jelas bahawa Judiasm atau penganut yang mempercayai kepada satu Tuhan yang mana wahyu diturunkan kepada Nabi Musa AS di bukit Sinai dan sebagai pegangan kaum Yahudi untuk menjalani kehidupan beragama.